Monday, 23 January 2012

SAIDINA HAMZAH R.A



SAIDINA HAMZAH R.A.: PENGHULU SYUHADA

Riwayat Hidup
Saidina Hamzah r.a. merupakan bapa saudara kepada Rasulullah SAW, iaitu dari sebelah bapa Baginda. Beliau Dilahirkan pada tahun 570 Masihi, di Kota Makkah al-Mukarramah. Beliau sangat rapat dengan Rasulullah SAW sejak kecil. Hobi beliau adalah memanah dan memburu. Beliau pernah memukul Abu Jahal yang menampar Rasulullah SAW. Beliau juga digelar 'Asadullah' yang bermaksud 'Singa Allah" kerana keberaniannya di medan perang. Juga digelar 'Sayyidus Syuhada' (penghulu orang yang mati syahid) kerana mati dalam peperangan Uhud pada tahun ke 3 Hijrah dan dimakamkan berdekatan Bukit Uhud.

Sifat Peribadi
Beliau sangat menjaga tingkah lakunya dan tidak pernah terbabit dengan adab jahiliah yang buruk seperti berjudi, berzina & berpoya-poya.

Beliau juga adalah seorang yang gagah berani. Beliau pernah menyahut cabaran melawan 2 orang tentera musyrikin dalam perang Badar. Beliau banyak membunuh musuh dalam perang Uhud dan merupakan pemegang panji-panji tentera Islam dalam beberapa peperangan. Beliau juga pernah melindungi Rasulullah SAW dari ancaman pihak Quraisy.

Beliau adalah seorang yang cekal dan pantas bertindak. Beliau pernah ditugaskan sebagai Ketua Peninjau pergerakan musuh di antara Makkah dan Syam. Pernah dipilih oleh Rasulullah SAW sebagaipanglima perang dalam perang Badar. Beliau merupakan seorang yang bijak mengatur strategi perang dan melancarkan serangan dengan tersusun ketika perang meletus hingga memberikan kemenangan kepada pihak Muslimin.

Pengislaman
Suatu hari Abu Jahal telah menghina dan mencerca Rasulullah SAW di Bukit Safa. Pada ketika itu, Saidina Hamzah sedang berburu. Dalam perjalanannya pulang, beliau diberitahu tentang penghinaan itu oleh 2 orang wanita. Saidina Hamzah sangat marah dan mencari Abu Jahal yang sedang berbincang dengan pembesar Quraisy di Masjidil Haram. Beliau memukul kepala Abu Jahal dengan busar panahnya hingga berlumuran darah. Kemudian beliau berkata: "Sesiapa yang berani menghalang dan mencabar aku, silakan! Telah jelas kepadaku bahawa Muhammad itu ialah Rasul Allah dan ajaran yang dibawanya adalah benar. Demi Allah, aku ialah pengikut Muhammad. Kalau kamu berani, halanglah aku." Inilah detik pengislaman Saidina Hamzah. Sikap beliau ini didorong oleh perasaan kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW serta kebenaran yang dibawa oleh Baginda. Pengislamannya ini menyebabkan umat Islam semakin kuat dan dihormati. Oleh itu pemimpin Quraisy mulai gentar untuk terus menindas umat Islam sesuka hati mereka.

Sumbangan Dan Pengorbanan
Antara sumbangan utama Saidina Hamzah ialah melindungi Rasulullah SAW dari ancaman musuh serta penglibatan dan peranannya di dalam semua peperangan yang melibatkan kaum Muslimin. Beliau juga banyak berkorban untuk menegakkan agama Allah SWT. Selain itu, beliau juga sentiasa mengambil berat tentang persaudaraan tanpa mengira pangkat atau kedudukan. Saidina Hamzah juga banyak membantu perkembangan dakwah Islam hingga dihormati oleh masyarakat luar.

Gugur Syahid
Beliau gugur sebagai syuhada semasa Perang Uhud setelah ditikam curi dengan lembing oleh seorang hamba sahaya bernama Wahsyi bin Harb yang dijanjikan pembebasan oleh pemiliknya, Jubair bin Muth'im, sekiranya dapat membunuh Saidina Hamzah. Setelah dibunuh, hati beliau telah dilapah oleh Hindun bt Utbah, isteri Abu Sufyan kerana ingin membalas dendam di atas kematian bapanya,Utbah bin Rabi'ah.

Semoga rohnya dicucuri rahmat olehNya...

SAIDINA UTHMAN IBNU AFFAN



SAIDINA UTHMAN IBNU AFFAN 'DZUNNURAIN' R.A.

Awal Memeluk Islam

Allah yang telah mentakdirkan Saidina Uthman untuk menyertai rombongan pertama yang menerima hidayah dan agama Islam. Uthman termasuk salah satu dari tujuh orang yang sentiasa mendampingi dan menyertai perjuangan Rasulullah SAW. Dia amat mengenali siapa dan bagaimana Rasulullah SAW pada peringkat awal kerasulan Baginda. Pada suatu hari ketika pulang dari perjalanan dagangnya ke Syam dan ketika rombongan kafilahnya beristirehat di tempat teduh (antara Ma'an dan Azzarqa), Uthman dan kawan-kawannya tertidur. Ketika sedang tidur, tiba-tiba ia bermimpi mendengar suara yang menyeru mereka agar bangun kerana orang yang bernama Ahmad telah muncul di kota Makkah. Rupanya telah sampai berita gembira kepada Uthman tentang hadirnya seorang NabiAllah, nabi akhir zaman. Mendengar berita itu, apakah Uthman bersikap pasif atau ragu? Ternyata tidak! Sifatnya yang pemalu, kelapangan dadanya dan kemurahan jiwanya mendorong untuk bertemu dengan Nabi Muhammad SAW. Itulah awal keislaman beliau.

Sifatnya Yang Pemalu

Setiap sahabat Nabi SAW memiliki keistimewaan tersendiri, baikdi dalam ucapan mereka mahupun di dalam amal perbuatan mereka. Seperti sabda Nabi Muhammad SAW: "Orang yang paling kasih sayang dari umatku ialah Abu Bakar, dan paling teguh dalam memelihara ajaran Allah ialah Umar, dan yang paling bersifat pemalu ialah Uthman." (HR Ahmad, Ibnu Majah, Al-Hakim, At-Tirmidzi). Sifat pemalu itulah yang mendorong Saidina Uthman menjadi seorang dermawan yang penuh belas kasih, sehingga ketika Rasulullah SAW sedang mempersiapkan pasukan 'Al-'Usrah', seluruh perbelanjaannya ditanggung oleh Saidina Uthman secara bersendirian. Rasulullah SAW menyambutnya dengan ucapan : "Tidak akan ada sesuatu yang dapat membahayakan Uthman dengan apa yang dia lakukan hari ini. Ya Allah, redhailah Uthman, sesungguhnya aku redha kepadanya." (HR At-Tirmidzi)

Sifat Dermawan Yang Tinggi

Ketika kaum Muslimin berhijrah dari Makkah ke Madinah, mereka menghadapi kesukaran mendapatkan air. Sedangkan di sana ada sumber air tetapi dimiliki oleh orang yahudi. Rasulullah SAW berharap ada sahabat yang sanggup membeli sumber air tersebut. Mendengar itu, Saidina Uthman datang ke tempat orang yahudi tersebut dan membeli separuh sumber air itu dengan sehari untuk hak muslim, sehari lagi untuk hak yahudi dengan harga 12,000 dirham. Pada giliran hak Saidina Uthman, maka kaum Muslimin mengambil air sebanyak-banyaknya yang cukup untuk 2 hari. Hal itu menyebabkan orang yahudi merasa sangat rugi kerana tidak ada lagi yang membeli airnya. Akhirnya, yahudi tersebut menjual haknya kepada Saidina Uthman sebanyak 8,000 dirham. Setelah peristiwa tersebut, Rasulullah SAW menikahkan puteri Baginda, Ummu Kalthum dengan Saidina Uthman. Sebelumnya, Saidina Uthman beristerikan Ruqayah, puteri Rasulullah SAW yang kedua tetapi telah meninggal dunia. Oleh kerana itu Saidina Uthman mendapat jolokan 'Dzunnurain'yakni 'yang memiliki dua cahaya'. Yang dimaksudkan dua cahaya ialah mengahwini dua orang puteri Rasulullah SAW.

Mushaf Uthmani

Suatu amal perbuatan yang mulia, ialah apa yang telah dilakukan Saidina Uthman r.a. apabila beliau mengumpulkan ayat-ayat Al-Quran dalam lembaran-lembaran yang ditulis di masa Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. dan tersimpan di rumah Hafshah sesudah wafatnya Khalifah Umar Al-Khattab r.a. Kemudian kerana kepentingan itu, Saidina Uthman membentuk satu jawatankuasa yang diketuai oleh Zaid bin Tsabit r.a. dengan disertai Abdullah bin Zubair r.a., Said bin Aash r.a. dan Abdurahman bin Haarits r.a. sebagai anggota. Tugas kumpulan itu ialah membukukan Al-Quran, yaitu dengan cara menyalin dari lembaran-lembaran sehingga menjadi buku. Saidina Uthman menasihatkan bahawa sekiranya terdapat perselisihan di antara mereka dalam bacaannya, maka ayat-ayat itu harus ditulis menurut dialek suku Quraisy kerana Al-Quran diturunkan menurut dialek mereka. Al-Quran yang telah dibukukan itu diberi nama 'Al-Mushaf', sebuah di tangan Khalifah Uthman (di Madinah) dan empat buah lagi dikirim ke Makkah, Syria, Basra dan Kufah agar tempat2 terbabit boleh membuat salinan. Allah SWT telah menyelamatkan Al-Quran dari sebarang perubahan. Dia telah memelihara kemurnian dan keaslian Al-Quran sampai hari kiamat. Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al-Quraan, dan sesungguhnya Kami (pulalah) yang memeliharanya." (QS Al-Hijr:9) Saidina Uthman r.a. akan tetap dikenang sebagai orang yang paling berjasa dalam bidang ini.

Uthman Dan Perluasan Dakwah Islamiah

Di masa Khalifah Uthman, perluasan dakwah Islamiah mengalami zaman keemasan. Contoh pada tahun 24 Hijriah, beliau mengirim pasukan tentera yang berada di bawah komando Al-Walid bin Aqobah menuju Azerbaijan dan Armenia, kerana ke dua-dua daerah tersebut telah membatalkan perjanjian yang dibuat dengan kaum Muslimin di zaman Khalifah Umar r.a. Juga pada tahun 25 H, penduduk Iskandariah membatalkan perjanjian kerana mereka telah dijanjikan mendapat bantuan dari kerajaan Romawi, tapi negeri itu segera tunduk dan kembali dikuasai dengan damai oleh kaum Muslimin setelah pasukannya menyerbu negeri ini. Dan masih banyak lagi, tetapi yang paling dahsyat ialah tatkala Saidin Uthman mengutus Abdullah bin Saad (27 H) untuk menyerbu Afrika. Tentara Muslimin berjumlah 20,000 berhadapan dengan kaum Barbar yang terdiri dari 120,000 orang di bawah pimpinan rajanya iaitu Jarjir. Dengan pertolongan Allah SWT, kaum Muslimin dapat mengalahkan mereka hingga mereka menuju Andalusia (Sepanyol). Para ahli sejarah menganggap era Saidina Uthman r.a. sebagai era kemenangan kaum Muslimin dan era penaklukan kekuatan-kekuatan Romawi, Parsi dan Turki.

Fitnah Besar dan Terbunuhnya Uthman

Pada akhir tahun 34H, daulah Islam mulai dilanda fitnah. Yang menjadi sasaran adalah Saidina Uthman r.a. sampai mengakibatkan beliau terbunuh pada tahun berikutnya. Fitnah yang keji itu datangnya dari Mesir berupa tuduhan-tuduhan palsu yang dibawa oleh orang-orang yang datang hendak melaksanakan umrah pada bulan Rejab. Saidina Ali kwj bermati-matian membela Saidina Uthman atas serangan fitnah tersebut. Hingga suatu ketika keadaan semakin parah dan Uthman dikepung di rumahnya dan tidak pergi ke masjid. Pada suatu hari, para penentang menyerbu rumahnya lalu membunuhnya. Mereka tidak menaruh sedikitpun belas kasihan kepada Saidina Uthman yang telah berjuang dalam Islam dan menginfakkan hartanya untuk peperangan. Ibnu Abid Dunya menyampaikan kisah dari Abdullah Bin Salaam r.a.: "Aku pergi ke rumah Uthman ketika dia sedang dikepung di rumahnya dan aku bertemu dengan dia, lalu dia berkata: "Selamat datang saudaraku, aku bermimpi bertemu Rasulullah SAW di suatu lorong yang sempit dan dan beliau berkata: "Ya Uthman, mereka mengepung kamu?" Aku menjawab: "Ya" Nabi bertanya lagi: "Dan mereka membuat kamu haus?" Aku menjawab, "Ya" Kemudian Nabi memberiku bekas berisi air dan aku minum sampai puas dan aku rasakan dinginnya air pada dada dan pundakku, lalu Beliau berkata: "Kalau kamu menghendaki, kamu dimenangkan dan kalau kamu menghendaki berbuka puasa di tempat kami."Ketika itu Uthman di dalam keadaan puasa . Uthman berkata: "Aku memilih berbuka puasa di tempat Nabi SAW." Tepat pada petang hari itu, Saidina Uthman r.a. dibunuh. Ia dimakamkan di semak-semak bukit sebelah timur pekuburan Al-Baqi, hari Jumaat tahun 35 H tgl 17 Dzulhijjah pada usia 80 atau 82 tahun.

Semoga Allah SWT merahmati beliau. Amein...

Saidina Ali Abi Talib


Saidina Ali Abi Talib

Saidina Ali Abi Talib ialah Imam Islam pertama selepas Rasulullah SAW dan khalifah terakhir Islam daripada Khulafa al-Rasyidin. Beliau juga ialah sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w. selepas mengahwini anak perempuan Rasulullah s.a.w. iaitu Fatimah.
Kehidupan awal
Saidina Ali dilahirkan di Makkah pada tahun 598. Bapa Saidina Ali, Abu Talib ialah pembesar puak Quraisy dan juga ialah bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu daripada Allah s.w.t., Saidina Ali merupakan kanak-kanak pertama memeluk Islam.
Saidina Ali sentiasa menyokong Nabi Muhammad s.a.w. semasa kezaliman terhadap orang Muslim berlaku. Pada tahun 622 masihi, semasa peristiwa hijrah berlaku, Saidina Ali mengambil risiko dengan tidur di katil Rasulullah s.a.w. lantas berjaya mengelakkan satu percubaan membunuh baginda.
Saidina Ali di Madinah
Semasa berlakunya Perang Badar, Saidina Ali menumpaskan seorang jaguh Quraisy iaitu Walid ibni Utba di samping askar-askar Makkah yang lain. disamping itu para sahabat Rasulullah juga memainkan peranan yang penting di sisi Nabi sebagai pejuang agama Allah. Beliau mengahwini Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w. Ketika itu beliau berumur 25 tahun dan Siti Fatimah berumur 18 tahun. Kerana kemiskinannya Saidina Ali menjual baju besi perangnya untuk dijadikan mahar. walaupun begitu para sahabat lain seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Usman dan Saidina Abdul Rahman bin Auf berbesar hati mengeluarkan perbelanjaan majlis perkahwinan kedua pengantin itu demi memuliakan Rasulullah SAW, kekasih yang amat mereka cintai.
Sepanjang sepuluh tahun Nabi Muhammad s.a.w. mengetuai penduduk Madinah, Saidina Ali senantiasa menolong dan membantu baginda demi kemajuan umat Islam.
Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
Selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 632 masihi, Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah pertama umat Islam. Adalah dikatakan bahawa Saidina Ali terus menerima Saidina Abu Bakar sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW sekali gus menafikan fitnah yang dilontarkan oleh kaum Syiah. Ahli Sunah Waljamaah percaya perlantikan Saidina Abu Bakar merupakan sesuatu yang tepat sekali mengikut syariat Allah dan Rasulullah. Malah Saiyidina Ali menjadi salah seorang tentera Islam di bawah pemerintahan Saiyidina Abu Bakar untuk memerangi kaum yang murtad dan tidak mahu membayar zakat. Golongan Syiah pula percaya memandangkan Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu kepada Rasulullah s.a.w. maka beliaulah yang seharusnya dilantik menjadi khalifah.
Menjadi khalifah ke-4
Pada tahun 656 masihi, khalifah ketiga Islam iaitu Saidina Uthman bin Affan wafat kerana dibunuh oleh puak pemberontak di dalam rumahnya sendiri. Pemberontakan mereka atas sebab tidak puas hati dengan Saidina Uthman yang dikatakan mengamalkan nepotisme dan menggunakan harta baitul mal untuk keluarganya. Atas keputusan ahli Syura mencadangkan Saidina Ali supaya menjadi khalifah tetapi Saidina Ali menolak. Tetapi selepas didesak, beliau akhirnya menerima untuk menjadi khalifah.
Pentadbiran Saidina Ali
Perkara pertama beliau lakukan selepas dilantik menjadi khalifah ialah mencari pembunuh saidina Uthman mengikut saluran undang-undang Islam. dengan menghapuskan pemberontakan yang hendak dibuat oleh golongan Rafidhah yang menghasut para sahabat. Isteri Rasulullah iaitu Ummul Mukminin Saidatina Aisyah, dan dua orang sahabat Nabi iaitu Talhah ibn Ubaidillah dan Zubair ibn Awwam telah terlibat sama. Pemberontakan itu berjaya ditumpaskan oleh Saidina Ali dalam Perang Jamal (juga dikenali sebagai Perang Unta). Dalam peperangan ini, Talhah dan Zubair terkorban akibat dibunuh oleh golongan Rafidhah yang mengaku sebagai pengikut Saidina Ali. Manakala Saidatina Aisyah dikembalikan ke Madinah oleh Saidina Ali. Beliau menjalankan satu misi dengan mengarahkan 100 orang wanita menyamar lelaki dan menutup muka, lalu menarik unta Ummul Mukminin Aisyah kembali ke Madinah.
Namun ada juga yang mengatakan: Keluarnya Aisyah bersama Thalhah dan Az Zubair bin Al Awwam ke Bashrah dalam rangka mempersatukan kekuatan mereka bersama Ali bin Abi Thalib untuk menegakkan hukum qishash terhadap para pembunuh Utsman bin Affan. Hanya saja Ali bin Abi Thalib meminta penundaan untuk menunaikan permintaan qishash tersebut. Ini semua mereka lakukan berdasarkan ijtihad walaupun Ali bin Abi Thalib lebih mendekati kebenaran daripada mereka. (Daf’ul Kadzib 216-217)
Selepas itu, Saidina Ali melantik gabenor-gabenor baru bagi menggantikan pentadbir-pentadbir yang dilantik oleh Saidina Uthman. Saidina Ali memindahkan pusat pentadbiran Islam daripada Madinah ke Kufah, Iraq. Kota Damsyik, Syria pula ditadbir oleh Muawiyah, Gabebor Syria dan saudara Saidina Uthman. Muawiyah telah dilantik sebagai Gabenor pada masa pemerintahan Saidina Umar lagi.
Muawiyah, yang menyimpan cita-cita politik yang besar, berpendapat bahawa siasatan berkenaan dengan pembunuhan Saidina Uthman adalah merupakan keutamaan bagi negara ketika itu dan beliau ingin mengetahui siapakah pembunuh Saidina Uthman dan pembunuh tersebut mestilah dihukum qisas. Bagi Saidina Ali, beliau berpendapat keadaan dalam negara hendaklah diamankan terlebih dahulu dengan seluruh penduduk berbaiah kepadanya sebelum beliau menyiasat kes pembunuhan Saidina Uthman. Muawiyah kemudiannnya menyatakan rasa kesal dengan kelambatan Saidina Ali menyiasat kematian Saidina Uthman, lalu melancarkan serangan ke atas Saidina Ali. Akhirnya terjadilah Perang Siffin di antara Muawiyah dan Saidina Ali. Di dalam peperangan ini antara para sahabat yang terlibat adalah Amru Al-Ash, Ammar ibn Yasir, Abdullah ibn Amru Al Ash, Abdullah ibn Abbas.
Ada di antara para sahabat bersikap berkecuali di dalam hal ini. Antaranya adalah Abdullah ibn Umar, Muhammad ibn Maslamah, Sa’ad ibn Abi Waqqas, Usamah ibn Zaid.

Saidina Abu Bakar


Saidina Abu Bakar lahir tahun 573 M. Nama asal beliau adalah abdullah ibn Abu Kuhafah, beliau diberi gelaran As-Siddiq oleh baginda SAW atas sifat benar yang ada pada beliau. Beliau terkenal dengan sifat yang lemah lembut,jujur sejak dari kecil lagi. Beliau juga tergolong dalam golongan antar insan yang mula-mula memeluk agam Islam.
Setelah saidina Abu Bakar dipilih sebagai Khalifah Rasulallah s.a.w. maka beliau menyampaikan ucapannya yang pertama kepada orang ramai:

"…..Saudara-saudara sekalian, saya sudah terpilih untuk memimpin kamu semua, dan saya bukanlah orang yang terbaik diantara kamu sekalian. Kalau saya berlaku baik bantulah saya, kalau anda sekalian melihat saya salah, maka luruskanlah. Kebenaran adalah suatu amanah, dan dusta adalah pengkhianatan.
Orang yang lemah diantara kamu adalah kuat dipandangan saya, sesudah haknya saya berikan kepadanya, Insya Allah. Orang yang kuat diantara kamu adalah lemah dipandangan saya , sehingga saya terpaksa menarik kembali hak daripadanya, Insya Allah ! Janganlah ada seseorang dari anda sekalian yang mau meninggalkan jihad.
Apabila sesuatu kaum telah meninggalkan jihad (perjuangan dijalan Allah), maka Allah akan menimpakan kehinaan kepadanya.
Apabila kejahatan sudah meluas pada sesuatu golongan, maka Allah akan menyebarkan bencana kepada mereka.
Ikutlah saya selama saya taat kepada perintah Allah dan RasulNya. Tetapi apabila saya melanggar (perintah) Allah dan RasulNya maka tidak wajib anda sekalian mentaati saya. Marilah kita solat, semoga Allah memberi Rahmat kepada anda sekalian."

Saidina Abubakar Assiddiq telah banyak jasanya terhadap Islam dan Ummatnya. Antaranya beliau telah ikut bersama Nabi s.a.w. berhijrah ke Madinah, dan beliau telah berjaya menyelamatkan Negara Islam dari kehancuran desebabkan ramai yang telah berpaling tadah dan memberontak, setelah mereka mengetahui Nabi Mohammad s.a.w. telah wafat.
Saidina Abubakar juga telah berjasa besar dalam mengumpulkan ayat-ayat al-Quran, yang pada mulanya ditulis dipelepah kurma, tulang-tulang, kulit-kulit, dan ramai pula yang menghafalnya. Pengumpulan kitab suci al-Quran disusun demikian rupa sesuai dengan petunjuk yang telah diberikan dizaman hayat Nabi s.a.w.
Saidina Abubakar Assiddiq telah menghantar tentara Islam memerangi orang-orang yang murtad, memerangi orang-orang enggan membayar zakat, dan memerangi nabi-nabi palsu.
Beliau juga telah berjaya mengajak ummat manusia ke jalan Allah dan terhadap mereka yang enggan diberikan pilihan, jika tak mahu masuk Islam mereka masih juga dilindungi dengan membayar sedikit cukai perlindungan (jizyah), jika masih enggan juga maka mereka seperti ini terpaksalah diperangi.
Alangkah cantiknya pemerintahan serta contoh kepimpinan yang telah ditonjolkan oleh Saidina Abu bakar kepada kita semua. Sikap berlemah lembut tapi tegas perlu ada bagi seorang kepimpinan, berlemah lembut atas perkara kemakrufan, tegas terhadap perkara-perkara yang melibatkan aqidah serta syariat Islamiah.
Berlapang dada diatas segala teguran serta nasihat daripada insan bawahan menjadi asas kepimpinan yang berjaya. "Kebenaran adalah satu amanah, dan dusta adalah satu pengkhianatan" pemimpin bukanlah seorang nabi yang sering dijaga oleh Allah dari melakukan kesalahan, tetapi pemimpin adalah insan biasa seperti manusia2 lain yang tidak akan lari dari melakukan kesalahan ksilapan serta kecacatan dalam pentadbiran mereka.
Perbetulkanlah, perbaikilah, nasihatlah, agar kepimpinan Islam tersebut dapat mengemudi bahtera yang dipandu kearah pulau yang sebenarnya menjadi tempat arah tujuan para anbiya,sahabat2 serta para awliyallah... 

Nabi Muhammad s.a.w


di sini terletak makam nabi muhammad s.w.t.jpg 2

Nabi Muhammad s.a.w

Nabi Muhammad s.a.w. (sallallahu aleihi wassalam) (B. Arab: محمد) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.
makam nabi muhammad s.w.t
Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orangIslam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.
Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:
Surah Al-Anbiya, ayat 107
Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”
Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira’,
Gua  Hira
sebuah gua bukit dekat Mekah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal An Nuruntuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa.
Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira’,Malaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, “Saya tidak tahu membaca”. Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata:
“Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”
Jabal Nur3 dan gua hira
Ini merupakan wahyupertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah s.a.w. dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain.
BEBERAPA RAMBUT DARI JANGGUT NABI MUHAMMAD SAW
Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan namaSunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.
Nabi Muhammad telah diputerakan di MekahArab Saudi pada hariIsnin12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Ismail, anak kepadaIbrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.Baju dan barang-barang Rasulullah SAWAyahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seoranganak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa’adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun.
Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.makam siti khadijahKhadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 7 orang anak (3 lelaki dan 4 perempuan) tetapi ketiga-tiga anak lelaki mereka, Qasim, Abdullah dan Ibrahim meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialahRuqayyahZainabUmmu Kalsum dan Fatimah az-Zahra.makam Fatima Al ZahhraKhadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah beliau meninggal pada usia 51 tahun.Perjuangan dakwah Rasulullah yang boleh diringkaskan sebagai berikut:Pertama: Marhalah Tasqif - tahap pembinaan dan pengkaderan untuk melahirkan individu-individu yang menyakini pemikiran (fikrah) dan metod (thariqah) parti politik guna membentuk kerangka gerakan.
  • Kedua: Marhalah Tafa’ul ma’al Ummah - tahap berinteraksi dengan umat agar umat turut sama memikul kewajibandakwah Islam, sehingga umat akan menjadikan Islam sebagai masalah utama dalam hidupnya serta berusaha untuk menerapkannya dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.
  • Ketiga: Marhalah Istilamil Hukmi - tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai risalah Islam ke seluruh penjuru dunia.
Bendera Rasululullah SAW
Apabila Rasulullah menyeru manusia ke jalan Allah,baginda menghadapi berbagai cabaran tidak ramai yang mendengar seruannya. Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari anggota keluarganya dan dari golongan masyarakat bawahan, Antara mereka ialahKhadijahAliZayd dan Bilal. Apabila baginda memperhebat kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan secara terbuka agama Islam yang disebarkannya, dengan itu ramai yang mengikutnya. Tetapi pada masa, baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka.
Busur Panah Nabi SAW
Pesanan Nabi Muhammad SAW ketika membaca khutbah terakhirnya
Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
KUNCI KA’BAH ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Topi Besi Rasuluallah SAW
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wadah Kotak Gigi Rasulullah SAW
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlahsolat lima waktu, berpuasalah di bulanRamadhan, dan tunaikanlahzakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.
JEJAK KAKI SANG NABI AGUNGJejak kaki Nabi Muhammad SAW
Makam Saidatina Ruqayyah binti Hussein ibn Ali
Makam Saidatina Ruqayyah binti Hussein ibn Ali
Makam anak Jaafar Abi Talib iaitu Abdullah dan Ubaidillah
Makam anak Jaafar Abi Talib iaitu Abdullah dan Ubaidillah
Telaga zam-zam
Telaga zam-zam dahulu
telaga zam zam sekarang
Telaga Zam Zam sekarang
PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW
PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW

Bilal bin Rabah


BILAL BIN RABAH
Bilal bin Rabah r.a dilahirkan di Kota Mekah sekitar tahun 43 Sebelum Hijrah(ada pendapat yang mengatakan beliau dilahirkan di Habsyahatau kini disebut negara Ethopia). Bilal r.a dibesarkan di Kota Mekah sebagai seorang hamba anak-anak yatim Bani Abdul Dar yang berada di bawah jagaan Umaiyyah bin Khalaf. Setelah Rasulullah s.a.w dibangkitkan menjadi Nabi dengan membawa risalah Islam, Bilal adalah terdiri dari kalangan orang-orang yang paling awal memeluk Islam.
Ketika beliau memeluk Islam, hanya terdapat beberapa orang sahaja yang memeluk Islam di atas permukaan bumi ini iaitu: Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar As-Siddiq, Ali bin Abi TalibAmmar ibn Yasir serta ibunya SumaiyyahSuhaib Ar-Rumi dan Miqdad Al-Aswad. Beliau menerima Islam melalui sahabatnya yang bernama al Fadl dan dilihat beliau begitu bersungguh-sungguh untuk mendalami ajaran agama Islam sehingga sanggup berulang-alik ke rumah Arqam bin Abi Al-Arqam secara rahsia supaya kegiatannya menerima Islam sebagai sebahagian daripada hidupnya tidak diketahui oleh tuannya.
Namun akhirnya Umaiyah mengetahuinya dan memujuk Bilal agar meninggalkan Islam dan kembali ke ajaran asalnya, tetapi Bilal berkeras untuk mempertahankan Islam sebagai agama dunia dan akhiratnya. Umaiyah pernah berkata,“Aku berkuasa ke atas tubuh dan jasadmu.”Tetapi Bilal lantas menjawab,“Fikiranku, imanku dan kepercayaanku bukan milikmu.”Setelah gagal memujuk Bilal, Umaiyah nekad untuk bertindak kejam ke atas Bilal dengan mengikat batu besar di tubuh Bilal yang tidak berpakaian, mengheret ke tengahpadang pasir yang panas membakar dan memukul tanpa belas kasihan.
Beliau meninggal dunia pada tahun 23 Hijrah di negeri Syam dan dikebumikan di Damsyik. Sepanjang hayatnya beliau diakui sebagai seorang yang patuh dan rajin terhadap tanggungjawabnya, ikhlas, amanah, berani, tabah, dan sanggup menghadapi risiko demi mempertahankan kebenaran. Beliau juga pernah menyertai barisantentera Islam dalam beberapa peperangan dan dilantik sebagai juruazan oleh Rasulullah dan kerana itulah namanya kini diabadikan kepada setiap juruazan atau bilal.
makam Bilal bin Raabah

Abu Ayub al-Ansari


Sirah 7 - Kenangan Abu Ayub al-Ansari Bersama Baginda SAW

Tak kenal maka tak cinta, begitulah pepetah Melayu memberi kiasan. Saya banyak kali menyebut mengenai Saidina Abu Ayub al-Ansari ini tetapi belum pernah menulis mengenainya lagi. Kesempatan kali ini, mari kita kongsikan sedikit sirah mengenai Abu Ayub al-Ansari

Nama sebenar beliau ialah Khalid bin Zaid bin Kulaib dari Banu Najjar. Beliau merupakan salah seorang sahabat yang utama dan paling rapat kepada Nabi SAW.


Ketika Rasulullah SAW sampai di Madinah di dalam peristiwa hijrah, baginda disambut dengan gembira oleh orang-orang Ansar di Madinah. Hati mereka berada bersama-sama baginda dan mata mereka sentiasa mengikuti pererakan baginda dengan rasa penuh cinta dan kebaktian. Mereka ingin memberi baginda sambutan yang amat baik sekali pernah diberikan oleh seseorang.

Pada mulanya, Rasulullah SAW berhenti di Quba yang terletak dekat pinggir kota Madinah dan tinggal di sana selama beberapa hari. Perkara pertama yang dilakukannya ialah membina sebuah masjid sebagaimana dijelaskan dalam al-Qur’an:

“Masjid yang didirikan atas dasar taqwa.” (At-Taubah: 108)

Nabi SAW memasuki kota Madinah dengan menunggang untanya. Para pemimpin Madinah berdiri di sepanjang jalan, setiap orang berharap untuk mendapatkan penghormatan dari Nabi SAW agar baginda ingin singgah dan bermalam di rumahnya. Seorang demi seorang berdiri di jalan yang dilalui oleh unta baginda. Mereka semua berkata:

“Tinggallah bersama kami, hai Rasulullah.”

Rasulullah SAW akan menjawab:

“Biarkanlah unta ini berjalan semahunya.”

Unta itu terus berjalan, diikuti dengan rapat para penduduk Madinah. Setiap kali ia melewati sebuah rumah, tuan rumah tersebut merasa sedih dan kecewa manakala orang-orang yang rumahnya menunggu giliran untuk dilalui oleh unta itu sentiasa mengharap-harap agar ia berhenti di depan pintu mereka. Unta itu meneruskan perjalanannya dengan diikuti oleh orang ramai sehingga ia berhenti di atas sebidang tanah di depan rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Namun, Rasulullah SAW tidak turun dari untanya itu.

Selepas beberapa ketika, unta itu berjalan semula, Rasulullah SAW membiarkan tali kekangnya terlepas. Walau bagaimana pun, tidak lama kemudian ia berpusing semula dan berhenti di atas tanah tadi. Hati Abu Ayyub dipenuhi dengan kegembiraan. Beliau keluar mendapatkan Nabi SAW dan menyambutnya dengan ghairah sekali. Beliau mengangkat barang-barang Nabi sambil merasakan bahawa beliau sedang membawa harta yang paling berharga sekali di dunia ini.

Rumah Abu Ayyub memiliki dua tingkat. Beliau telah mengosongkan tingkat atas dan semua milik keluarganya supaya Nabi SAW boleh tinggal di situ. Namun Nabi SAW lebih suka tinggal di tingkat bawah. Malam pun sampai dan Nabi SAW berehat. Tetapi apabila mereka telah menutup pintu, Abu Ayyub menoleh ke arah isterinya lalu berkata:

“Celakalah kita! Apa yang telah kita lakukan? Rasulullah SAW berada di bawah dan kita ada di atasnya! Adakah kita berjalan di atas Rasulullah SAW! Adakah kita menghalang wahyu?! Jika benar, maka binasalah kita!”

Pasangan suami isteri itu menjadi bertambah bimbang tidak tahu apa yang harus dilakukan. Mereka hanya dapat sedikit akal bila mereka bergerak ke tepi rumah supaya tidak betul-betul berada di atas Nabi. Mereka juga berhati-hati supaya berjalan di tepi-tepi sudut lantai dan tidak di tengah-tengahnya. Pada keesokan paginya, Abu Ayyub menemui Rasulullah SAW lalu berkata:

“Demi Allah, kami tidak dapat melelapkan mata sedikit pun malam tadi, begitu juga dengan Ummu Ayyub.”

“Mengapa hai Abu Ayyub?” Tanya Rasulullah, hairan.

Abu Ayyub pun menerangkan kebimbangan mereka kerana berada di atas manakala baginda pula berada di bawah, dan mungkin mereka juga boleh menghalang wahyu.

“Janganlah bimbang, hai Abu Ayyub,” kata Nabi SAW, “Kami lebih suka tinggal di tingkat bawah kerana ramai orang yang akan menziarahi kita.”

“Kami akur dengan kehendak Rasul,” jawab Abu Ayyub.

Abu Ayub ada menceritakan satu kisah:-

“Pada suatu malam yang sejuk, sebuah kendi kami telah pecah dan air mengalir di atas lantai atas. Ummu Ayyub dan aku memandang air tersebut. Kami hanya memiliki sehelai kain baldu yang kami gunakan sebagai selimut. Kami pun menggunakannya untuk mengelap air itu kerana bimbang ia menyerap ke bawah dan terkena pada Nabi SAW. Pada waktu pagi, aku mendapatkan baginda lalu berkata:

`Aku tidak senang berada di atasmu.’

Dan memberitahunya apa yang telah terjadi. Baginda menerima keinginanku dan kami pun berpindah tempat.”

Rasulullah SAW tinggal di rumah Abu Ayyub selama hampir tujuh bulan sehingga masjid yang dibinanya telah siap di atas tanah tempat unta baginda berhenti. Baginda berpindah ke bilik yang dibina di sekeliling masjid tersebut untuk diri dan keluarganya. Dengan demikian, baginda menjadi jiran Abu Ayyub. Alangkah beruntungnya kerana mendapat jiran semulia itu!


Abu Ayyub sangat mencintai Nabi SAW dengan seluruh hati dan nabi SAW juga amat mencintainya. Tidak ada peraturan rasmi di antara mereka. Nabi SAW terus menganggap rumah Abu Ayyub seperti rumahnya sendiri.

Pada suatu hari, Abu Bakar keluar dari rumahnya di waktu tengahari yang terik lalu pergi ke masjid. Umar terlihatnya lalu bertanya:

“Hai Abu Bakar, apa yang membuat engkau keluar pada waktu begini?”

Abu Bakar mengatakan bahawa dia terlalu lapar, lalu Umar pun turut mengakui dirinya juga kelaparan. Rasulullah SAW terserempak dengan mereka lalu bertanya:

“Apa yang membuat kamu berdua keluar dari rumah pada waktu begini?”

Mereka memberitahu baginda lalu baginda berkata:

“Demi Tuhan yang jiwaku di tanganNya, hanya laparlah yang membuat aku keluar juga. Marilah bersamaku.”

Mereka pun pergi ke rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Kebetulan, Abu Ayyub sedang bekerja di kebun kurma berdekatan. Beliau mendengar suara Nabi SAW lalu segera datang.

“Selamat datang kepada Rasul dan siapa saja yang bersamanya,” katanya lalu meneruskan, “hai Rasulullah, biasanya engkau tidak datang pada waktu begini.”

Abu Ayyub selalu menyimpan sedikit makanan untuk Nabi setiap hari. Jika Nabi tidak datang, maka Abu Ayyub memberikan makanan tersebut kepada keluarganya.


Abu Ayyub keluar dan memotong setandan kurma yang di dalamnya ada kurma masak dan ada kurma yang setengah masak.

“Aku tidak mahu engkau memotong yang ini,” kata Nabi, “Mengapa engkau tidak bawakan kurma yang masak saja?”

Abu Ayyub berkata:

“wahai Rasulullah, silakanlah makan kurma yang telah masak dan yang setengah masak ini. Aku akan menyembelih seekor kambing untukmu.”

“Kalau begitu, jangan sembelih kambing yang ada susu,” pesan baginda.

Abu Ayyub menyembelih seekor anak kambing, memasaknya separuh dan memanggang yang separuh lagi. Beliau juga meminta isterinya supaya membuat roti kerana isterinya pandai dalam hal itu.

Bila makanan telah siap, ia dihidangkan di depan Nabi SAW dan kedua-dua orang sahabatnya itu. Nabi mengambil sekeping daging, meletakkannya ke atas roti lalu berkata:

“Wahai Abu Ayyub, bawakanlah ini kepada Fatimah, dia tidak makan seperti ini selama beberapa hari.”

Apabila mereka selesai makan dan merasa puas, Nabi SAW berkata:

“Roti dengan daging, busr dengan rutb!”

Kemudian air mata mengalir dari kelopak matanya. Baginda berkata lagi:

“Ini adalah nikmat yang akan ditanyakan kepada kamu pada hari kiamat kelak. Maka jika kamu makan nikmat itu, ucapkanlah bismillah dan bila selesai katakanlah Alhamdulillahillazi huwa ashba’na wa an’ama a laina (Segala puji bagi Allah yang telah mencukupkan kami dan menganugerahkan nikmat ke atas kami). Ini adalah baik.”

Itulah imbasan terhadap kehidupan Abu Ayyub sehari-harian. Beliau juga mempunyai karier ketenteraan yang tersendiri. Banyak dari masanya dihabiskan sebagai seorang pahlawan sehingga dikatakan mengenainya:

“Beliau tidak terlepas dari semua pertempuran yang disertai oleh kaum Muslimin sejak dari zaman Nabi SAW sehinggalah zaman Muawiyah melainkan beliau terlibat semuanya.”


Misi ketenteraan terakhir yang disertainya ialah yang disediakan oleh Muawiyah dan dipimpin oleh anaknya, Yazid untuk menentang Konstantinopel. Pada waktu itu, Abu Ayyub sudah sangat tua, hampir berusia lapan puluh tahun. Tubuhnya kurus kering kerana diserang sakit malaria. Tetapi hal itu tidak menghalangnya daripada menyertai pasukan tentera dan menyeberangi lautan untuk berjihad di jalan Allah. Tidak lama selepas terlibat dalam peperangan itu, Abu Ayyub jatuh sakit dan terpaksa berundur dari berjihad. Namun begitu, beliau tetap berada di atas kudanya dalam keadaan seperti melekat.

Yazid datang mendapatkannya lalu bertanya:

“Wahai Ayahanda Abu Ayyub, adakah ayahanda memerlukan sesuatu?”

“Hai Yazid, sampaikanlah salamku kepada tentera Muslimin dan katakan kepada mereka bahawa Abu Ayyub menyuruh kamu supaya menyerbu masuk ke dalam kawasan musuh sejauh yang boleh, bawalah dia dan kebumikan dia di bawah dinding kota Konstantinopel, kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawa seorang lelaki yang soleh akan syahid dan dikebumikan di bawah dinding tersebut.”

Kemudian beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Tentera Muslimin melaksanakan keinginan sahabat Nabi yang agung itu. Mereka berjaya mengundurkan tentera musuh dalam serangan demi serangan sehingga mereka sampai ke dinding kota Konstantinopel. Di sana, mereka mengebumikan jasad beliau.

Kaum Muslimin mengepung kota tersebut selama empat tahun tetapi akhirnya berundur.

Rupanya, janji Nabi mengenai kemenangan ke atas kota Konstantinople ini benar. Ia disempurnakan oleh Sultan Muhamad al-Fateh.


"Sirah, Perjalanan Menbina Sejarah"
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
3 Julai 09, jam 3.12 pagi